armadrafar

KATA-KATA HIKMAH TERHEBAT DUNIA…

sun

1. Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada
orang yang tak berusaha sama sekali. – J. Douglas -

2. Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria,
tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku
adalah lebih satria. – Hamka -

3. Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang
paling baik akhlaknya. – Bukhari dan Muslim –

4. Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran
hidup manusia. – Tan Sri Hanif Omar –

5. Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan
dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada
menunaikan kewaipan. – Umar Al Khattab -

6. You will be judged on the basis of what you are,
not what you say you are. – Mohd. Salleh Ismail –

7. Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,
orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,
dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –

8. Kebebasan bererti tanggungjawab,
tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta
berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha
seseorang itu adalah tidak ternilai harganya.
– Tun Abdul Razak Hussin –

9. Tidak dihitung kaya yang banyak harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim –

10. Force works on servile nature, not the free.
– Ben Johnson –

11. Kita tidak harus bersifat negatif kepada
kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.
– Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad –

12. Disiplin yang baik terbentuk dari sikap
yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada
pemimpin dan teladan yang baik.
–Tun Abdul Razak Hussin –

13. One can pass on the responsibility but
not the discretion that goes with it.
– B. Cellin –

14. Berpadu ialah satu permulaan, terus
berpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu
ialah kejayaan. – Henry Ford –

15. Bukankah tidak ada balasan yang baik,
melainkan balasan yang baik juga.

16. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,
kerana seribu sahabat belumlah banyak.
Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang
seorang itu sudah lebih daripada banyak.
– Lukman Hakim –

17. Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk
menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.
– Issac Watts –

18. Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.
b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.
c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.
d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -

19. Siapa melawan kita, ia membaja menajamkan otak kita.
Lawan itulah penolong kita.
– Edmund Burke -

20. Yang sangat berguna adalah seorang lelaki
yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya,
kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya.
– Imam As Syafie –

21. If you can’t make a mistake, you can’t make anything.
– Morva N. Collins –

22. Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat
agar anda tidak takut kepadanya, apabila dia berubah menjadi musuh.
– Menander –

23. Perut yang kenyang…
a. …memberatkan badan…
b. …membekukan hati…
c. …menumpulkan akal…
d. …membanyakkan tidur…
- Imam As Syafie -

24. Gantungkan cita-citamu setinggi langit,
walaupun kamu merangkak di pinggir bumi.
– Ustazah Suwaibah –

25. Hidup umpama sepohon pokok di tepi jalan
yang lebat buahnya, dilempar dengan kayu tetapi dibalas
dengan menggugurkan buah.
– Saiyidina Abu Bakar –

26. Seseorang yang terlampau gembira akan
kurang mengucapkan kesyukuran.
– W. Sacker –

27. Sahabat yang sejati adalah sahabat yang
dapat berkata benar denganmu, dan bukan orang yang
membenarkan kata-katamu.
–Al Hakim –

28. Hilanglah satu ciri kelelakian seorang lelaki,
apabila ia memakai pakaian dan perhiasan perempuan!
– Pujangga –

29. Sesungguhnya aku suapkan sesuap nasi kepada temanku,
maka aku memperolehi rasanya pada halkumku.
– Abu Sulaiman Ad Darani –

30. Setiap orang berfikir untuk mengubah masyarakat,
tetapi tiada siapa berfikir untk mengubah diri sendiri.
– Leo Tolstoy –

31. Ramai orang menganggap sumbangan mereka
sekadar setitik air di lautan, tetapi tanpa setitik air itu,
air laut akan berkurang.
– Mother Theresa –

32. Kepimpinan adalah tindakan yang dilakukan
apabila melihat ia diperlukan tanpa menunggu orang
lain memberi cadangan.
– Martin Rhodes –

33. Akar pendidikan adalah pahit tetapi buahnya manis.
– Aristotle –

34. Hadiah paling bermakna seorang bapa kepada anak-anaknya
ialah dengan mencintai ibu mereka.
– Peribahasa Bestari –

35. Sekolah yang terbesar daripada segala sekolah
dalam kehidupan ialah universiti pengalaman, jurusan kemajuan.
– Don Herold –

36. If you want good answers, ask the right person,
the right thing at the right time.
– 5 Al Ahzan 98’ –

37. Always feel the need to change for the better and do it now.
– 5 Al Ahzan 98’ –

38. Don’t cry for yesterday… because yesterday has passed.
Don’t hope for tomorrow… because tomorrow holds no promise.
Struggle hard from today… because today will
determine your future.
– 4 Dalton 98’ -

39. Ajarlah dan didiklah anak-anakmu sesuai dengan
zaman yang akan dihadapinya.
– Umar Al Khattab –

40. Kambing-kambing yang terpencil jauh kerap
kali ditangkap serigala.
– George Washington –

41. Segala kejahatan berpunca dari kejahilan.
– Socrates –

42. Tekun terhadap kewajipan dan membiarkannya
adalah jawapan terbaik kepada fitnah.
– George Washington –

43. Banyak orang yang menjadi masyhur kerana musuh-musuhnya.
– George Bernard Shaw –

44. Masyarakat itu belum maju jika kemakmuran atau
kelebihan yang dipunyai, dipergunakan untuk maksiat.
– Syed Hussin Al Attas –

45. “Aku tidak dapat tidur di waktu siang, takut
urusan rakyatku tidak selesai. Aku tidak dapat tidur
di malam hari takut urusanku dengan Allah tidak selesai…”
– Umar Al Khattab –

46. KEPIMPINAN… Satu amanah bukan kuasa…
Satu tanggungjawab bukan kedudukan… Satu Pengorbanan
bukan penghargaan…

47. Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendirian,
duduk sendirian adalah lebih baik dari kawan yang jahat.
Mengutarakan kebaikan lebih baik daripada diam dan diam
lebih baik daripada berkata-kata yang tidak baik.

48. Diam adalah ibadah tanpa susah payah.

49. Banyak ketawa mengeraskan hati.

50. Buah fikiran dan idea yang baik itu haruslah diterima,
walaupun datangnya dari seorang kanak-kanak.

51. Sesungguhnya malam itu panjang dan
janganlah kamu memendekkannya dengan membanyakkan tidur,
dan sesungguhnya siang itu terang dan janganlah kamu
kelamkannya dengan dosa.

52. Sekiranya setiap orang daripada kita memberi
pertolongan kepada jirannya, maka tidak ada orang di
dalam dunia yang perlukan pertolongan dan tersisih dari perhaian.

53. Puji-pujian terbit daripada lidah dan mulut
tetapi penghargaan yang ikhlas datangnya
daripada hati yang jujur.

54. Tidak akan mencecah kejayaan dalam menuntut ilmu
kecuali orang yang menuntutnya itu serba dalam kekurangan.
– Imam As Syafie –

55. Punca kebahagian dunia dan akhirat ialah ilmu,
manakala jalan menuju kebhagiaan ialah dengan ilmu dan amal.
– Imam Al Ghazali –

56. Menolak keburukan itu lebih utama daripada mendatangkan kebaikan.
– Imam As Syafie –

57. Jangan belajar ilmu daripada empat jenis manusia :-
a. Orang yang buruk akhlaknya
b. Orang yang menurut nafsu
c. Orang yang berdusta
d. Orang yang suka beramal dengan ‘Fadhail’ dalam
ibadat sedangkan dia tidak berilmu.
- Imam Malik -

58. Orang yang tidak suka mencela itu,
keaibannya dilupakan orang.
– Imam Malik –

59. Sebuah persahabatan itu memerlukan pengorbanan,
kejujuran dan keikhlasan.

60. Sebuah perjuangan itu memerlukan pengorbanan.

61. Pilihlah dengan hati yang ikhlas dan rela,
kerana kerelaan petanda keadilan, paksaan pula petunjuk
kepada kezaliman.

62. Mencari seorang pemimpin atau sahabat yang baik,
sukarnya seperti mencari mutiara di dasar lautan.

63. Cintakan manusia bererti membawa kecewa dan lara.
Cintakan Allah ertinya memburu cinta yang agung
(mendapat nikmat bahagia dan ketenangan)

64. Tiga asas kecapaian – pertajamkan mindamu
dengan khazanah ilmu, realisasikan jati dirimu,
tingkatkan iman dan taqwa di hatimu.

65. Ilmu itu lebih baik daripada harta.
Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.
Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila dibelanjakan,
tetapi ilmu bertambah apabila dibelanjakan (disampaikan).
– Saiyidina Ali Abi Talib –

66. Seseorang itu tidak dapat dikatakan intelek
selagi belum tampak nyata ilmunya di kalangan kaumnya.
– Imam Al Ghazali –

67. Senyuman itu adalah penawar duka, ia juga nilai
yang amat berharga, tetapi awaslah di sebalik senyuman,
kerana ramai yang terpedaya.

68. Kejayaan yang luar biasa dicipta oleh insan
biasa yang berusaha dengan cara yang luar biasa.

69. Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri,
maka hilanglah kebijaksanaannya. – Imam Malik –

70. Jika anda ingin berjaya, janganlah menurut sejarah
sebaliknya binalah sejarah anda sendiri.
– Mahatma Gandhi –

71. Seorang imam yang adil hendaklah menyamakan
dirinya dengan orang fakir supaya orang fakir itu
jangan menyesali Tuhan lantaran kefakirannya,
sebab dilihatnya imamnya sendiri tidak ubah halnya dengan dirinya.
– Khalifah Ali –

72. Ilmu itu cahaya (nur), ia tidak akan jinak kecuali pada
hati yang khusyu’ dan taqwa.
– Imam Malik –

73. Orang yang cemerlang adalah umpama air :-
a. Sentiasa menyuburkan segala kehidupan
b. Tidak melawan halangan tetapi meliputinya
c. Sentiasa mengalir ke tempat yang lebih rendah

74. Sebaik-baik manusia adalah mereka yang melakukan
sesuatu pekerjaan, mereka melakukannya dengan cara yang
paling baik.

75. Don’t stop at the top, touch the sky before you drop.
– 5 Einstein 98 –

76. Kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang
kita lakukan selalunya kurang sempurna.

77. Manusia tidak malas tetapi mereka mempunyai
matlamat yang mati, iaitu matlamat yang tidak mampu
untuk merangsang mereka.

78. Jangan lakukan sesuatu yang sama secara berulang-ulang
tetapi masih berharap untuk mendapat keputusan yang berbeza.

79. Kalau kita fikir bahawa untuk menjadi cemerlang itu mudah,
maka semakin mudahlah untuk kita mencipta kecemerlangan.

80. Orang yang cemerlang menunjukkan hasil tetapi orang yang
sering mengemukakan alasan.

81. Kita merupakan natijah daripada apa yang kita fikirkan
tentang diri kita.

82. Orang yang berpura-pura bodoh, tidak lah begitu
dikesalkan seperti mana orang yang merasakan dirinya pintar.

83. Bukan susah nak susah, bukan senang nak senang.
– Roshaya Md Sohor –

84. Hanya bangsa yang merdeka mempunyai kebudayaan yang hidup.
– L. Kent –

85. Erti kekayaan dan kemiskinan yang sebenarnya
ialah orang yang paling kaya, paling sedikit keperluannya
dan orang yang paling miskin ialah yang paling banyak keperluannya.
– Ahli fikir –

86. Kejayaan kita di masa hadapan ditentukan oleh tindakan
kita masa kini, bukan kelemahan kita masa lalu.

87. Frienship are rare, and hard to find, so if you have got it,
grip hard on it, don’t let it go.

88. Ingatlah! Tiada apa yang mudah di dunia ini selain usaha
kita untuk memudahkannya.

89. Success is not a journey, but a destination.

90. Sesuatu yang paling bererti dalam hidup adalah manusia
yang mengenali diri sendiri.

91. If you think that you understand everything that is going on,
you are hopelessly confused.

92. Tiada guna berbudi tanpa keikhlasan, tiada gunanya
keikhlasan jika budimu jadi bualan. – Saiyidina Ali –

93. Nilai hidup… letakkan ia pada hati dan perasaan, bukan harta
dan kekayaan.

94. Jadilah pemimpin yang terbaik buat diri sendiri agar
tidak goyah hidup di dunia yang sementara ini.

95. Gantungkan cita-citamu di tempat yang tinggi supaya
tidak dapat dirosakkan oleh orang lain, kerana cita-cita
adalah sumber kekuatan perjuangan yang tidak terhingga
lahir dari batin. – Abu Hanafiah –

96. Orang pengecut matinya beribu kali, orang berani
matinya hanya sekali. – Muttanabi –

97. Lebih baik kita tangisi kehilangan seorang kawan
daripada kita tangisi kehilangan maruah diri.

98. Barang siapa yang tidak merasa sakit, tidak dapat
pula merasakan bahagia. – Raden Adjeng Kartini –

99. Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat,
pokoknya pun sihat.
– Beng Tju –

100. Kindness ia a language the dumb can speak
and the deaf can hear and understand.
– Ujang –

101. Tujuan utama dalam pendidikan ialah mendekatkan
diri kepada Allah, bukan kerana mencari nama, pangkat,
pengaruh atau mengharapkan pujian orang.

102. Menuntut ilmu adalah lebih utama daripada
berbuat ibadah sunat.
– As Syafie –

103. Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran,
hendaklah biasakan dunia. Tetapi kalau engkau hendak
mencapai kemerdekaan untuk diri dan bangsamu,
hendaklah engkau biasakan bersikap tabah menempuh perjuangan.
– Voltaire –

104. Kalau orang miskin menjadi kaya, ia sulit melihat ke tanah.
Kalau seorang kaya menjadi miskin, ia sulit memandang ke langit.
– Pepatah Tibet –

105. Sabarmu bukan kelemahan tetapi itulah sebenarnya kekuatan,
sebab engkau kuat mengendalikan diri.
– Hamka –

106. Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan
tangannya sendiri.
– Maksud Hadis –

107. Ubat mujarab untuk melenyapkan kedukaan ialah bekerja.
– Thomas –

108. Hati orang yang bodoh berada dalam mulutnya,
tetapi mulut seorang yang cerdik berada di hatinya.
– Benjamin Franklin –

109. Cintailah yang memberi nikmat dan angan
engkau cintai nikmat yang diberikan.
– Ahli Sufi –

110. Makin bijaksana seseorang, makin pandailah
dia menjaga mulutnya.
– Couwie Joan –

111. Lebih baik tidur dengan perut lapar daripada
bangun tidur dengan banyak hutang.

112. Dada orang yang berakal itu adalah peti rahsianya.
– Saiyidina Ali Abi Talib –

113. Awas cemburu! Ia adalah raksasa yang mengeji daging
yang dia sendiri makan.
– William Shakespeare –

114. Ujian bagi keberanian itu bukanlah berani mati,
tetapi berani hidup.
– Vittorio Alfieri –

115. Sabar itu istana iman dan fikiran itu istana akal.

116. Persahabatan adalah cinta yang tidak bersayap.
– Lord Byron –

117. Sahabat yang paling baik bagi seseorang ialah
sepuluh batang jarinya.
– Morden O.S –

118. Pendidikan adalah modal kepada orang miskin
dn minat kepada orang kaya.
– Horace Man –

119. Semua parti politik akhirnya akan mati,
kerana memintal kebohongannya sendiri.
– John Arbuthnot –

120. Tempat tidur adalah penjara orang malas.
– Peribahasa Jerman –

121. Persahabatan adalah anggur kehidupan.
– Edward Young –

122. Penyakit jiwa yang sangat berbahaya adalah sombong.
– Muhammad Abduh –

123. Bagaimana bentuk pemuda masa ini,
itulah bentuk masyarakat akan datang.
– Imam Al Ghazali –

124. Harga seseorang itu adalah ilmunya.
– Saiyidina Ali Abi Talib –

125. Mulut seseorang pemimpin tidak akan didengar
orang jika dia makan harat yang haram.

126. Orang yang paling celaka ialah orang
yang masih senang ketika telah menjadi kuda kenderaan nafsunya.
– Hukama –

127. Peti ilmu di dada, peti perkataan di lidah,
peti fikiran di akal, peti bodoh itu jahil.

128. Lawanlah nafsu bicara dengan diam.
– Imam As Syafie –

129. Pelajarilah masa lalu kalau mahu
meramalkan masa depan.
– Kong Hu Cu –

130. Kematian itu ialah sebuah jambatan yang
menyambungkan sahabat dengan sahabat.
– Maksud Hadis –

131. Siapa yang mematikan dirinya untuk dunia
bererti menghidupkannya di akhirat.
– Saiyidina Ali Abi Talib –

132. Hidup yang sebenar bermula selepas mati.
– Aristotle –

133. Permulaan marah itu adalah gila,
kesudahannya adalah menyesal.
– Lukman Hakim –

134. Dunia umpama janda tua yang telah bongkok
dan telah kematian banyak laki.
– Hamka –

135. Tiada yang paling sulit di dunia ini melainkan
tersisih daripada pergaulan masyarakat.
– Robin Dranath Tagore –

136. Mempunyai anak yang tidak tahu berterima kasih,
lebih bisa daripada digigit ular.
– William Shakespeare –

137. Cinta adalah kehidupan seorang wanita,
tetapi merupakan babak kehdupan seorang lelaki.

138. Hina di dunia tidak berharta,
hina di sisi Allah tidak berilmu.
– Peribahasa Acheh –

139. Orang yang berhajat iaitu bercita-cita
tetapi tidak dikerjakan ialah yang memelihara penyakit hawar.
– William Blake –

140. Bercakap tanpa berfikir seperti menembak tanpa sasaran.
– Fuller –

141. Kalau mahu berhati suci, banyakkan menangis
daripada ketawa.
– Hukama –

142. Kami menghormati sepenuhnya orang yang berani
dan seratus kali lagi kami hormati kalau dia beradab.
– Budiman –

143. Hanya penderitaan hidup mengajar manusia
menghargai kebaikan dan keindahan hidup.
– Geothe –

144. Anjing yang garang itu adalah lebih baik
daripada sahabat yang khianat.

145. Mewarisi anak dengan ilmu, lebih baik
daripada mewarisi anak dengan emas dan perak.

146. Siapa yang selalu mencurigai orang lain,
sebenarnya ia sendiri tidak dapat dipercayai.
– Berthold Avebach –

147. Gagal dalam kemuliaan adalah lebih baik
dari menang dalam kehinaan.
– Walter B. Pitlein –

148. Senyum yang dibuat-buat adalah tidak menyenangkan,
sama dengan kening yang berkerut.
– R.J. Botlein –

149. Sebesar-besar kemalangan hidup ialah orang
yang tidak pernah menempuh malang.
– Kinon –

150. Api menguji emas, kesengsaraan menguji
keberanian manusia.
– Seneca –

151. Passion + Vision + Action is the
equation for success.

152. Follow the river and you
will find the sea.

153. What you are is God’s gift to you,
what you be become is your gift to god.

154. Masa depan belum menjanjikan syurga bagi
mereka yang mudah kecewa.

155. Sail in the ocean of ambition and anchor
in the harbour of success.
– 3 Bohr –

156. Kepimpinan adalah kerusi empuk yang sentiasa anda kejar.
Anda akan mendatanginya selama anda tidak mendudukinya.

157. Sebesar-besar atau seberat-berat urusan,
jangan hadapi dengan muka berkerut.
Kerut muka itu dengan sendirinya menambah kerut pekerjaan.

158. Senyum simpul itu adalah tali ikatan cinta,
dan gundah gulana adalah gudang keaiban.
– Al Imam Ali r.a. –

159. Orang mukmin itu ilmunya di lidah, sedangkan
orang mukmin itu ilmunya di hati.
– Al Imam Ali r.a. –

160. Jauhilah olehmu angan-angan, kerana dia adalah telaga kosong.
– Hassan Al Basri –

161. Jauhilah membenci seseorang itu kerana dia bersifat buruk
tetapi bencilah sifatnya supaya kita tidak melakukan keburukan
yang serupa.

162. Dari abu Hurairah r.a. katanya,
“Ku dengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Allah menjadikan sifat rahmat
(sayang menyayangi) kepada seratus bahagian, sembilan puluh sembilan
bahagian di tangan Allah dan sebahagian diturunkan ke dunia.
Maka dari yang sebahagian itulah semua makhluk ini saling sayang
menyayangi, sehingga induk jenis haiwan mengangkat telapak kakinya,
kerana khuatir terpijak anaknya.”
– Riwayat Muslim –

163. Sesungguhnya setiap makhluk memerlukan D.U.I.T
untuk berjaya di dunia dan akhirat…
D – Doa
U – Usaha
I – Istiqamah
T – Tawakkal
- Kuliah Subuh 22 Jun 98 –

164. Life is like riding a bicycle, you don’t fall off
unless you stop pedalling.

165. All the flowers of all the tomorrows are the seeds of today.

166. Victory is won not in miles but in inches.
Win a little now, hold your ground, and later win a
little more.

167. Opportunities are like sunsets.
If you wait too long, you miss them.

168. One cannot change yesterday, but only make
the most of today and look with hope to ward tomorrow.

169. The game of life is a lot like football.
You have to tackle your problems, block your fears and
score points when you get the opportunity.

170. Men may come, men may go, but I go on forever.

171. Each of us is given a pocketful of time to spend
however we may. We use what we will. We waste what we will.
But we can never get back a day.

172. Practise doesn’t make perfect, nor it is supposed to.
Practise is about increasing your repertoire of ways to
recover from your mistakes.

173. Don’t try to have thing that you love….. but…..
try to love thing that you have.

174. Persahabatan yang sejati akan membawa
kerinduan yang abadi.

175. If you love someone, let them go…..
if they return to you, it was meant to be, but if they don’t,
their love was never yours to begin with.

176. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,
persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

177. Jadilah juara yang mengajak orang lain menjadi juara.

178. Kehidupan adalah suatu giliran….. antara senyum dan tangis.
Air mata pula adalah masin kerana ia adalah garam penghidupan.

179. Tenaga yang paling kuat di atas muka bumi adalah kasih sayang.

180. Allah jualah pemberi rezeki.

181. Greatly loved, sadly missed, and forever remember in our hearts.

182. Sejauh mana kita pergi, sekuat mana pun kita lari,
kita tidak dapat menghindar realiti, dan kita akan jumpa juga
diri kita sendiri.

183. Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…..
dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat.

184. Bergaullah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu
mati mereka tangisi dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.

185. Suatu bangsa dikenal kerana akhlaknya [budi pekerti].
Jika budi pekertinya telah runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu.

186. Walaupun dunia berada dalam genggaman, namun akhirat tetap
di hati, walau setinggi mana darjat kita di dunia ini, hati tetap
menghambakan diri pada Allah yang maha kuasa, semulia mana diri kita,
ke tanah jua kita akhirnya…..

187. Gantungkan cita-citamu setinggi langit. Sekiranya ia jatuh,
ia jatuh di puncak gunung bukannya di lembah jurang.

188. Tak semestinya apa yang kita lihat itu benar belaka,
kadangkala pandangan mata sering menipu. Selidikilah apa yang
kita lihat dan pastikanlah kebenarannya.
Semoga yang setitis menjadi selautan dan kebenaran akan terserlah.

189. Ilmu adalah petunjuk amal, faham adalah peti ilmu,
akal adalah pemimpin bagi kebaikan, nafsu adalah kapal dosa,
harta adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong,
dan dunia adalah pekan akhirat.

190. Jadilah seperti bunga cempaka, rupanya tiada tapi wangi baunya,
jangan jadi seperti bunga raya, rupanya cantik tapi tidak berbau…..

191. Dalam menuntut ilmu pula….. jadilah seperti lembah,
jangan seperti gunung. Kalau kita merendah diri mudah mendapat ilmu,
tapi kalau sombong….. siapapun tak larat untuk mendaki…..

192. Gersang bumi tanpa hujan, gersang hati tanpa iman.

193. Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu,
maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ke syurga.

194. Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.
Sebesar-besar ibadat ialah berfikir tentang Allah.

195. Tanpa amal lunturlah iman, tanpa iman sepilah ibadat,
tanpa ibadat hilanglah nur di hati, tanpa nur pudarlah akhlakmu…..

196. You can remember the second and third and the fourth,
but there’s no time like the first, it’s always there.

197. One word frees us of all the weight and pain and
the word is love…..

198. Tiada yang dapat mengubah nasibmu kecuali dengan
usaha dan tawakalmu. Percaya di dalam semua pekerjaan ada
kejayaan dan kegagalan. Istiqamah dalam semua pekerjaan
lebih baik dari kamu hanya bersungguh-sungguh daripada
tidak mendapat apa-apa.

199. Make the mistake of yesterday is your lesson for today…..

200. Sahabat mewakili suatu kekuatan.

201. Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan,
yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

202. Hidupnya jiwa kerana ilmu, maka rebutlah ilmu.
Matinya jiwa kerana kejahilan, maka jauhilah kejahilan.

203. Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan
dan esok adalah harapan.

204. Tanamkan usaha, siramkan doa dan tuailah kejayaan.

205. Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.

206. Setiap kegagalan pasti ada hikmahnya,
jangan sedih walaupun ia pahit. Jikalau kita yakin kejayaan
itu milik kita, kita mestilah berusaha untuk mencapainya.

207. Hidup manusia akan lebih bermakna sekiranya iman penuh di dada.

208. The path to success is a long and winding way.

209. Hardwork is the best transport to reach it.
So….. get your transport and ‘zoom’. You’ll reach
your goals in life.

210. Kejayaan tanpa usaha satu kebetulan, tetapi kejayaan
dengan usaha satu kepuasan.

211. Gagal sekali tidak bermakna kita akan
gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya jadikan ia
pedoman dalam meniti arus kehidupan ini…..

212. Sahabat yang paling baik adalah diri kita
sendiri yang tahu menilai setiap apa yang kita lakukan.

213. If you fail to plan….. You plan to fail.

214. A smile should follow you everywhere to the end,
so keep that smile forever like forever you keep a friend.

215. Kekalahan dan kelemahan akan wujud jika kita
yang membenarkannya.

216. Kebahagiaan itu akan dapat dicapai dengan jalan iktikad
yang benar, yakin iman dan agama.

217. Buah akal adalah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman,
buah fikiran adalah kemajuan. Alangkah indahnya jika ketiga-tiga
anggota ini melahirkan buah dalam kehidupannya.

218. Insan yang berjiwa hamba adalah menggunakan akal dan roh
dalam hidupnya, insan yang berjiwa binatang adalah menggunakan roh
dan jasad dalam hidupnya, insan yang berjiwa akal, roh dan jasad
dalam hidupnya adalah di sisi Allah.

219. Usaha canggih kejayaan anggun.

220. Dunia ini bagai satu titian yang harus ditempuhi oleh
setiap yang hidup. Oleh itu menitilah dengan berpegangkan
kayu keimanan yang kukuh.

221. Kehidupan ini adalah suatu perjalanan yang nun jauh…..
hanya kita yang menentukan sama ada kapal itu sampai di tepian
atau karam di lautan.

222. Darihal seseorang tak usah kau tanya, tapi tanyailah
siapa temannya, sebab tiap-tiap teman itu adalah meniru temannya.

223. Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

224. Berusahalah sementara ada kesempatan, jangan menunggu
hingga kesempitan.

225. Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan
tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba,
biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam.
Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan,
yang belum pasti untuk selamanya.

226. Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu,
relakan pemergiannya. Andai kata dia kembali padamu,
sesungguhnya takdir telah menentukan dia untuk kau.
Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah,
ketentuan takdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi.

227. Hadiah yang berharga dalam ertikata sahabat yang
sebenarnya adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri…..

228. Setiap manusia memerlukan perubahan, dan perubahan
itu memerlukan pengorbanan. Bila disatukan keduanya…..
ia memerlukan bimbingan.

229. Kemewahan tidak menjanjikan keberkatan,
tetapi keberkatan menjanjikan kemewahan.

230. Suatu kesilapan itu adalah merupakan pengajaran
yang paling bermakna.

231. Perjuangan itu pahit namun ia menjanjikan syurga yang manis.

232. Lawan tetap lawan….. walaupun kita tewas…..
namun musuh luka jua.

233. Jangan takut pada kesilapan kerana ia mengajar
kita erti kehidupan. Ada baiknya kita belajar suatu
kejujuran walaupun ia datangnya dari satu kesilapan.
Sesekali berterima kasihlah pada pengalaman kerana ia mengajar
kita erti kedewasaan.

234. Keindahan bunga pada mekar kuntumnya, keindahan
kata pada puitisnya, keindahan langit pada pelanginya,
keindahan manusia pada akalnya.

235. Apabila terjadi perpisahan, tak kiralah pihak
mana yang membuat keputusan, kaum wanitalah yang lebih menderita…..

236. Takut mati adalah mati sebelum mati.

237. Kesilapan utama kita adalah menurut kata hati,
sekali terlanjur, akan terulang terlanjur,
jarang sekali manusia mudah kembali…..

238. Cinta tanpa cemburu bukanlah sesuatu yang sejati.
Kadangkala kita lupa padaNya….. sebab itu kita tidak siuman…..

239. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bereti cinta,
kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi
dengan cinta, malah sayang pun bukan
cinta….. tapi….. cinta itu adalah cinta…..

240. Orang yang menjenguk orang sakit seperti dia berada di
dalam kebun syurga sehinggalah dia kembali.

241. Bukanlah kemiskinan itu dari tiadanya harta, tetapi
kemiskinan itu adalah miskin hati dan jiwa dari keimanan.
Bukanlah kekayaan itu dari banyaknya harta, tetapi kekayaan
itu adalah kaya hati dan jiwa dengan keimanan.

242. Orang bodoh pun berguna kalau dimanfaatkan sesuai
dengan kebodohannya.

243. Ilmu datang bagaikan hujan, cuma manusia dedaun keladi,
tidak ditatang bagaikan intan, berlalu tersia tidak kembali.

244. Orang yang tenang adalah orang yang bersedia menghadapi
perkara yang tidak disangkakan, mengharapkan yang terbaik
tetapi menerima apa jua yang mendatang.

245. Bukannya pada berani jatuh sesorang, tetapi berani bangun
setelah jatuh yang merupakan kunci keberhasilannya…..

246. Hargailah dan pertinggikanlah peribadimu.
Orang-orang yang bercita-cita harus mampu menaksir harga
peribadinya secermat-cermatnya. Anda harus tahu akan harga diri
dan harus selalu cuba untuk mempertinggikan peribadimu itu.

247. Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah
kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

248. Bagaimanapun pintar seseorang, fikirannya tidak akan
mencakupi semua persoalan. Bertambah tinggi kedudukan seseorang
bertambah jelaslah kelemahannya.

249. Hanya lidah yang mampu berdusta dan berbohong.
Namun pandangan mata, ayunan kedua belah tangan,
langkah kedua-dua kaki dan sikap tubuh atau seluruh
anggota badan akan membohongkan apa yang diucapkan oleh lidah.

250. Timbang rasa adalah laksana rantai perak atau
benang sutera yang mempertalikan hati dengan akal
dan tubuh dengan jiwa.

251. Pantang orang budiman melawan suara keyakinannya
sebab lidah orang yang berakal dibelakangnya hati dan hati orang
yang bebal di belakang lidahnya.

252. Jangan dipertikaikan suatu nilai persahabatan
hanya kerana satu kesilapan.

253. Adat hidup manusia di muka bumi adalah untuk belajar
mengenali orang lain.

254. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah,
tapi nak senang kena susah dulu, walaupun dah senang,
senang ajer nak susah, tak susah nak susah, tapi susah nak
cepat senang, senangkan diri yang susah, agar yang susah jadi senang.
Senang hati, senang diri, senang semuanya…..

255. The first step to achieveing what you want in the life
is to become a dreamer. The next step is to believe in those
dreams with so much conviction that nothing can deter you.
And remember, with every dream you are also given the power
to make it come true!

256. Satu gunung tanggungjawab yang sedang dan bakal dipikul
adalah merupakan amanah dari Allah. Anggap ia satu ujian sebelum
menikmati nikmat syurga yang tak terperi seronoknya…..

257. Anggaplah selalu dunia ini sebagai suatu ladang
ibadah yang sangat luas….. kiranya akan membuatkan keimanan
kita semakin kuat dan kukuh…..

258. Diam tak semestinya berfikir, merenung tak semetinya
mengkaji, bercakap tak semestinya berilmu, dan bertanya tak
semestinya ingin tahu…..

259. Wang selalu mendatangkan masalah, tapi…..
bukan semua masalah dapat diselesaikan dengan wang.

260. Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan,
ibu dari segala adab adalah sedikit bercakap,
ibu dari segala ibadat adalah takut buat dosa,
ibu dari segala cita-cita adalah sabar.

261. Barangsiapa melakukan ketaatan dalam keadaan menangis,
nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga dalam keadaan ketawa.

262. Manusia boleh jadi alpa oleh kekayaan tetapi
manusia tidak boleh lari dari kenyataan. Janji kita pada
manusia boleh ditolak tepi tetapi janji kita pada
Allah tidak boleh dimungkiri.

263. Ilmu itu bagai haiwan liar, jadi tambatlah ia
dengan tali kesungguhan.

264. They say that we hurt the people, we love the most…..

265. Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang…..

266. Barangsiapa tidak beradab, tiadalah ilmunya,
Barangsiapa tidak sabar, tiadalah agamanya,
Barangsiapa tidak warak, tiadalah darjatnya di sisi Allah.

267. Senyum itu indah…..

268. Bila dah nekad terhadap sesuatu keputusan,
jangan sesekali titiskan air mata…..

269. Trying our best to be the best cause…..
you are the best!

270. Vision with action can change a world.

271. Matlamat adalah kompas kehidupan.
Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda,
hanyut di tengah lautan, terumbang-ambing dipukul arus
dan gelombang
kehidupan. Matlamat yang dibuat tanpa diiringi
dengan tindakan pula tidak akan menghasilkan suatu
apapun kecuali kekecewaan…..

272. Realiti tak seindah fantasi andai kau hanya
menanti dan terus menanti tanpa berusaha…..

273. Andainya tiada jodoh….. untuk ke singgahsana…..
ku pasrahkan segalanya….. kerana takdir yang akan menentukan
IMPIAN KASIH…..

274. Jadilah hamba kepada pahala, jangan jadi raja kepada dosa,
supaya kita mampu untuk mengejar nikmat syurga dan tidak pula
dikejar azab neraka.

275. Kasih abadi….. kasih Ilahi, kasih hakiki….. kasih Nabi,
kasih sejati….. Kasih ibu, kasih suci….. kasih sesama sendiri.

276. Jika kita berkata ikhlas dari hati, ia akan menyelinap ke hati.
Namun, jika kita bercakap dengan lidah, ia hanya akan sampai ke
kulit telinga.

277. Jangan kecil hati…..
sebaliknya besar-besarkan hati tapi kecil-kecilkan badan.

278. Lending a helping hand to the needy.

279. Makan biar selebar talam, ilmu biar selebar alam.

280. I love you not because of what you are,
but because of who I am when I am with you.

281. No man is worth your tears,
and the one who is won’t make you cry.

282. Just because someone doesn’t love you the way
you want them to, doesn’t mean they don’t love you with all they have.

283. They say love hides behind every corner,
then I must walking in the circles.

284. A true friend is someone who reaches
for your hand and touches your heart.

285. The worst day to miss someone is to
be sitting right beside them, knowing you can’t have them.

286. Never frown, even when you are sad,
because you never know who is falling in love with your smile.

287. To the world you may be one person,
but to one person you may be the world.

288. Don’t waste your time on a someone,
who isn’t willing to waste their time on you.

289. Maybe God wants us to meet a few wrong people before meeting
the right one, so that when we finally meet the person, we will know
how to be grateful.

290. Don’t cry because it is over,
smile because it happened.

291. There’s always going to be people that hurt you,
so what you have to do is keep on trusting and just be more
careful about who you trust next time around.

292. Make yourself a better person and know who you are
before you try, and know someone alse and expect them to know you.

293. Don’t try so hard; the best things come when you
least expect them to.

294. “People are like stained glass windows.
Thay sparkle and shine when the sun is out, but when
the darkness sets in, their true beauty is revealed only if
there is a light from within”

295. One word frees us of all the weight and pain
and the word is LOVE…

296. You can remember the second and third and the fourth,
but there’s no time like the first, it’s always there.

297. Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu,
relakan pemergiannya. Andai kata dia kembali padamu,
sesungguhnya takdir telah menentukan dia untukmu.
Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah,
ketentuan takdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi.

298. Mistakes that don’t kill you can only make you stronger.

299. Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.

300. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan.
Tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan,
persahabatan boleh kekal. Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin.

301. Sahabat mewakili suatu kekuatan.

302. Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan,
yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

303. Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan sahabat.

304. Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri
yang tahu menilai setiap apa yang kita lakukan.

305. A smile should follow you everywhere to the end,
so keep that smile forever like forever you keep a friend.

306. Darihal seseorang tak usah kau tanya,
tapi tanyailah siap temannya, sebab tiap-tiap teman itu meniru temannya.

307. Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah,
tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

308. Berusahalah sementara ada kesempatan,
jangan menunggu hingga kesempitan.

309. Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya
menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga
berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari
ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa
memanjang kerana kegembiraan, yaang belumpati untuk selamanya.

310. Hadiah yang berharga dalam ertikata sahabat yang
sebenarnya adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri.sun